PR4/02

Tuan,

Laporan Status Perosak / Penyakit Tanaman Padi

Bersama-sama ini disertakan Laporan Status Perosak / Penyakit Tanaman Padi bagi kawasan berkenaan bagi makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

Daerah : LANGKAWI
Kawasan : Luar MADA
Bacaan GPS : QS 203069 WMR 711703
Blok : KG.PDG LALANG
(Point 2)
Parit / Tali Air : JPS
Tarikh Dikesan : 09 / 09 / 2026
No. Lot Terlibat : 0295
*Peringkat Padi : Berisi
Varieti Padi : 220 CL
Jenis Penyakit : Bintik Perang Tirus (Cercospora oryzae)
Hawar Daun Bakteria (Xanthomonas campestris pv. Oryzae)
ETL / Indeks Keterukan : 5
5
Anggaran Keluasan Serangan : 1 Hektar
1 Hektar
Syor-Syor Kawalan : Rujuk pada lampiran
Tindakan : Bancian pengawasan dan ramalan telah dijalankan pada 09/09/2026
Tindakan Pegawai / Pegawai Kawasan :
Tindakan Petani :
Mesyuarat J/K Kawalan :
Racun Dikeluarkan :
Aktiviti Kawalan Dilaksanakan :

*Peringkat Padi :

1.   Semai           2. Pecah Anak    3. Beranak Maksima    4. Bunting

5.   Terbit           6. Berisi            7. Masak

Dilaporkan Oleh :


NUR HAFIZA BINTI RASHID

Penolong Pegawai Pertanian G5

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan

Jabatan Pertanian Negeri Kedah

Disemak oleh :


NURHIKMAH FARAHZANA BINTI RUSLAY

Pegawai Pertanian G10 (Fleksi)

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan

Jabatan Pertanian Negeri Kedah

1. SYOR KAWALAN PENYAKIT BINTIK PERANG TIRUS

a. Kawalan segera bagi PENYAKIT BINTIK PERANG TIRUS ialah dengan semburan racun PERAWIS seperti :

BAHAN PERAWIS
AKTIF
CONTOH JENAMA
RACUN
PERUMUSAN KELAS
RACUN
PENYAKIT
KOD MOA
propiconazole TOPPER Pekatan Teremulsi / Minyak (EC) III FRAC
benomyl RH Benomyl 50 Serbuk Bancuh / Tepung (WP) IV FRAC

Sumber : SISMARP Jabatan Pertanian

b. Baca label pada botol racun dan patuhi arahan penggunaannya.

c. Gunakan racun KULAT yang berdaftar untuk tanaman padi secara berselang-seli dengan racun KULAT lain yang berdaftar untuk tanaman padi bagi mengelakkan kerintangan penyakit terhadap satu jenis racun.

d. Setiap kawalan perlu dilakukan dengan betul mengikut arahan yang disyorkan. Pastikan keadaan cuaca adalah kering dan tidak hujan semasa dan selepas menyembur racun. Pastikan langkah-langkah keselamatan dipatuhi.

e. Racun Tidak Berdaftar atau Racun Haram adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

1. SYOR KAWALAN PENYAKIT HAWAR DAUN BAKTERIA

a. Kawalan segera bagi PENYAKIT HAWAR DAUN BAKTERIA ialah dengan semburan racun PERAWIS seperti :

BAHAN PERAWIS
AKTIF
CONTOH JENAMA
RACUN
PERUMUSAN KELAS
RACUN
PENYAKIT
KOD MOA
tribasic copper sulfate NUFARM CUPROXAT FLOWABLE Pekatan Ampaian / Susu (SC) III FRAC
tribasic copper sulfate COPFLO 320 Pekatan Ampaian / Susu (SC) III FRAC

Sumber : SISMARP Jabatan Pertanian

a. Sentiasa amalkan Amalan Pertanian Baik (APB).

b. Penggunaan varieti padi yang rintang dan bebas penyakit adalah disyorkan.

c. Guna biji padi sihat dan berkualiti pada kadar yang disyorkan 120 kg. biji benih / ha.

d. Musnahkan sumber patogen selepas menuai contohnya seperti sisa – sisa jerami dan perumah sekunder (rumpai).

e. Lakukan penyediaan tanah mengikut pengesyoran (Pembajakan tanah sebanyak 3 peringkat), pembersihan kawasan daripada inokulum bakteria.

f. Elakkan penggunaan baja Nitrogen secara berlebihan. Amalan pembajaan mestilah mengikut kadar yang ditetapkan dan baja unsur N diberi secara 'split application'. Disyorkan buat pembajaan dalam 3 pecahan dos iaitu 50% asas, 25% di peringkat beranak (25 HLT) dan 25% di peringkat pembentukan bulir (50-60 HLT).

g. Tambahkan baja berunsur Silika semasa pembajakan (kadar disyorkan 50-70kg baja bersilika / ha).

h. Penanaman padi secara serentak dapat mengelakkan serangan penyakit secara serius.

i. Jalankan pemantauan penyakit dengan kerap dan berterusan.